JellyPages.com

Rabu, 12 Julai 2017

6 PESAN IMAM AL-GHAZALI




 


Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam maksiat.

Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH

Sahabat ku:

Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.

Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat ku: :)

"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn sahabat anak & keluarga.. semoga Allah memberkati & meredhai kita.

Aamiin..




Disediakan oleh: Noorazian Nordin

FUNGSI PERISIAN KATA



Hai Assalamualaikum Semua,

Enteri kali ni kami akan kongsikan satu video yang memaparkan video ringkas mengenai Fungsi Perisian Kata seperti yang kita pelajari di dalam Bab 2.

Sama-sama kita tonton...
Semoga bermanfaat...





Disediakan oleh : Nor Marina Che Ani

7 RAHSIA TIDAK LUPA APA YANG CIKGU AJAR DALAM KELAS









Disediakan oleh : Noorazian Nordin

Selasa, 11 Julai 2017



CARA MEMASAK NASI ARAB SIMPLE– CHICKEN/ LAMB MANDY




BAHAN-BAHAN

1)     Beras basmathi
2)     Rempah serbuk Mandy
3)     Rempah tumis Mandy
4)     1 ekor ayam
5)     1 kg daging  kambing
6)     2 ulas bawang besar
7)     10 ulas bawang putih
8)     2 batang cili hijau
9)     Minyak
10)   Tomato puri
11)    Garam

Perhatian!!!
2 sudu besar rempah serbuk untuk ayam dan kambing panggang
1 sudu besar rempah serbuk untuk nasi mandy



AYAM DAN KAMBING PANGGANG

1)   Perapkan 1 ekor ayam dan 1 kg kambing dengan 2 sudu besar rempah mandy, lima ulas bawang         putih yg dikisar, 2 sudu kecil garam (tukar dengan      kiub ayam Knorr) 2 sudu besar minyak, dan       2 sudu besar tomato puree (saya letak 4 sudu)
2)  Panggang ayam dan kambing (direbus terlebih dahulu) di dalam oven selama 1 ke 1 ½ jam dengan       suhu 180 celcius. Balikkan ayam dan kambing selepas ½ jam
3)  Simpan lebihan minyak yang keluar dalam proses memanggang tadi  


NASI MANDY


1)     Rendam beras selama 20 minit atau lebih kemudian toskan
2)     Tumis rempah hidup (Lumi, kuliy kayu manis, buah pelaga,cengkih), 2 ulas bawang besar, 5 biji          bawang putih, 1 sudu besar rempah mandy dan 2 sudu besar tomato puree (saya letak lebih lagi)
3)     Masukkan 600ml air kedalam tumisan dan biar sampai mendidih
4)     Campurkan beras yg telah ditoskan beserta tumisan rempah dan bawang tadi kedalam periuk                nasi elektrik
5)     Taburkan 1 ½ sudu garam (saya gunakan kiub ayan Knorr lg)  dan 2 batang cili hijau (jangan                dihiris)
6)     Tanak nasi sehingga 80% masak , kemudian masukkan minyak ayam dan kambing panggang               yang disimpan tadi. Gaulkan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan sehingga 100%               masak


CARA BUAT SOS HARRAH

1)     2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan               sedikit garam
2)     Kisar semua bahan tanpa air

CARA BUAT SALAD ARAB




1)     2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu
2)     Hiris halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar
3)     Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam


Selamat mencuba :-)











Disediakan oleh : Noorazian Nordin


WANITA DAN RAMA-RAMA




Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.  Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.  Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya.  Lihat apa yang melekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang terbuai oleh angin.  Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.  Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.  Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.  Begitulaha wanita...  Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya.  Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong.  Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu.  Sedangkan sepanjang berada dikepompong tiada siapa yang pedulikannya, maka tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.  Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.  Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.  Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.  Sewaktu anda dipuja, usah telalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.  Sewaktu anda digoda, di hambat dan di rayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah di pandang tetapi diri sendiri menanggung beban.  Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.  Hak anda ialah memelihara kehormatan.  Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. Post-man butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihtan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun…rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran penting manusia.  Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.  Mahalkan harga diri anda.  Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda si sisi lelaki.  Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memilik tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda..Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda.. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan..jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati…Niali anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda..Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.  Selama amna anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang…………..
Cerita ini dipetik daripada karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj’
NICEkan ….  Cerita nie mampu menitiskan airmata kalo kite betul2 mengahyati isi tersiratnya…Sungguh indah dan menyentuh hatiku…… Betapa indahnya ketentuan Allah…Menciptakan rama-rama untuk menjadi kiasan/ikhtibar untuk kaum wanita…Indahnya wanita kerana malunya : “Malu adalah mahkota yang tak perlukan singgasana tapi ia berkuasa menjaga diri dan harta.  Tiada siapa yang akan mampu merampas mahkota tu melainakn diri sendiri yang menyerahkannya”…so sekadar peringatan untuk diriku dan jua kaum wanita diluar sana jagalah diri dengan sebaiknya…Janji allah itu pasti…”PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK..BEGITULAH DISEBALIKNYA….”.



Oleh : Nor Marina Che Ani
Disini saya ingin berkongsi sebuah video mencuit hati yang turut pernah terjadi kepada diri saya sendiri sepanjang menjadi seorang pegawai khidmat pelanggan.






Dapat dilihat bahawasanya menjadi pegawai khidmat pelanggan tidak kira secara berdepan, melalui telefon, sembang maya dan sebagainya memerlukan tahap kesabaran dan tolak ansur yang tinggi. Melalui pengalaman sebegini, kita turut belajar akan norma dan pelbagai ragam manusia disekeliling kita.

Berikut adalah video berkaitan akan perasaan dan imaginasi para pegawai khidmat pelanggan terhadap pelanggan-pelanggan mereka. Video lucu ini sudah ditonton sebanyak 2,253,139 kali. 
Lets play !






Oleh : Nadira Md Nahar

Isnin, 10 Julai 2017

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi
.
Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.
Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.
Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.
Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.
Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.
Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.
Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit

Oleh : Ayunis Zam Zam 

We Don't Talk Anymore



My current favorite song. 


Selasa, 4 Julai 2017

IKHLAS DARI KAMI



Alhamdulillah dengan berkat kerjasama ahli kumpulan kami, kami berjaya menghasilkan blog ini. Untuk makluman kalian, blog ini adalah merupkan adalah salah satu tugasan kumpulan kami untuk subjek STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN  dibawah bimbingan Puan Marziana Abdul Majid.  Sebelum berceloteh panjang di entri-entri yang seterusnya kami ingin memperkenalkan ahli-ahli kumpulan ini terlebih dahulu.  Kumpulan kami terdiri daripada 8 orang. Kami adalah pelajar yang sangat efisyen dan mempunyai semnagat juang yang tinggi terhadap sesuatu yang ingin kami lakukan.  Berbekalkan semangat dan kerjasama tersebutlah menyebabkan ahli kumpulan kami berjaya mewujudkan blog ini.  Blog ini kami gunakan untuk kami kongsikan segala coletah kami, malah mungkin jua akan digunakan untuk berkongsi-kongsi nota sehingga Semester akhir nanti. Insha Allah...

Sudilah kiranya kalian singgah dan jenguk-jenguk selalu ke blog kami..
Kami cuba akan menghiburkan hati kalian semua melalui blog ini...

Ikhlas dari kami....
























Disediakan Oleh : Nor Marina Che Ani