Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi
rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan
menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah
mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang
tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang
rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda, warna
dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.. Kemudian lepaskan
kembali, ia terbang terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya
kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi,
disimpan mahupun diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia
indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan
yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa
yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulaha
wanita... Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah,
apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama
terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak apakah tubuhnya masih
tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang
untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada
kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat
itu. Sedangkan sepanjang berada dikepompong tiada siapa yang
pedulikannya, maka tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk
akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi
bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi
sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh
terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu
anda dipuja, usah telalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah
sebelum itu. Sewaktu anda digoda, di hambat dan di rayu usah terlalu
mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat
bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri,
sebaliknya adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di
dalam bingkai gambar, indah di pandang tetapi diri sendiri menanggung beban.
Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni
yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan.
Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada
terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak
diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. Post-man butterfly Kalaulah
rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihtan manusia, dia tentu
tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan
sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun…rama-rama tidak
pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran penting manusia.
Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang
penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai
anda si sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memilik tetapi
tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda..Usah terperangkap ke
dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda.. Setelah warna-warna
itu hilang anda dibiarkan..jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah
diri, anda akan lebih dihormati…Niali anda bukan terletak pada berapa ramai
lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup
menyintai anda..Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh
ikhlas. Selama amna anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih
berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang
mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang…………..
‘Cerita ini dipetik daripada karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj’
NICEkan
…. Cerita nie mampu menitiskan airmata kalo
kite betul2 mengahyati isi tersiratnya…Sungguh indah dan menyentuh hatiku……
Betapa indahnya ketentuan Allah…Menciptakan rama-rama untuk menjadi
kiasan/ikhtibar untuk kaum wanita…Indahnya wanita kerana malunya : “Malu adalah mahkota
yang tak perlukan singgasana tapi ia berkuasa menjaga diri dan harta.
Tiada siapa yang akan mampu merampas mahkota tu melainakn diri sendiri yang
menyerahkannya”…so sekadar peringatan untuk diriku dan jua kaum wanita
diluar sana jagalah diri dengan sebaiknya…Janji allah itu pasti…”PEREMPUAN YANG
BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK..BEGITULAH DISEBALIKNYA….”.
Oleh : Nor Marina Che Ani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan